Assalamualaikum.....n..Hai uolls.........
Hari ini 14hb Februari...hari yang dianggap sebagai hari memperingati kekasih ataupun lebih popular sebagai Valentine's Day.Pada hari ini biasanya hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri, menghantar kad valentine atau menghadiahkan coklat sesama mereka. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine.
Itu adalah klise mengenai hari valentine's yang telah diwar-war kan selama ini.Tapi kita sebagai umat Islam adalah dilarang menyambut hari tersebut kerana berdasarkan hukum di bawah:
HUKUM SAMBUT HARI VALENTINE'S
Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.
Kesimpulannya...
Tak kisahlah kepada couple yang belum berkahwin atau ataupun yang dah kahwin, janganlah jadikan amalan untuk menyambut hari Valentine's ...lebih baik kita sambut hari lahir pasangan masing-masing dan hari anniversary untuk lebih mengeratkan hubungan...
SO.......
So lebih baik kita sambut maulidur rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada esok hari...
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Setiap tahun pada hari maulidur rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat PAHALA dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
So lebih baik kita menyambut maulidur rasul yang jatuh pada esok hari...15hb
:)....Sama-samalah kita melakukan kebaikan dan keberkatan hidup di dunia ini.....Have a nice day uolls.... :)
No comments:
Post a Comment