Sunday, February 27, 2011

Penjagaan Insentif

Golden Horse Rose essence Facial Cream & Rose Whitening Essence




Harus dibeli 2 produk golden horse nih...since i nih pengguna skin care golden horse,rasanya nk try guna 2 produk nih lah plak...sebagai penjagaan insentif.


Keistimewaan 2 produk inilah dikatakan berupaya memperbaiki kulit yang sensitif,dapat menggalakkan pembentukkan sel-sel baru dengan mengembalikan kadar keanjalan,kelembapan dan ketegangan kulit.


Membantu proses peredaran darah, mempercepatkan kadar metabolisma, mengaktifkan kualiti kulit serta melembap dan mencerahkan kulit.mengurangkan kedutan , mencerahkan kulit dan menjadikannya lebih bersinar.Dengan penggunaan setiap hari,kulit akan menjadi lebih halus,lembut dan berseri.


Juga mampu memberi kesan pemutihan dan pencerahan...boleh digunakan sebagai foundation untuk memastikan solekan sentiasa cantik, menawan dan tahan lama.



Rose whitening essence plak untuk memelihara dan melembabkan kulit dan menjadikan kulit lembut dan halus, kesan pencerahan dan lembapan dapat menyembunyikan bintik hitam dan jerawat.


Satu set ni harganya dalam RM 400.00....huhuhu...harus dibeli nih untuk dapat skin yang flawless... :)






DENDA KAKAK....

Semalam i denda my dotter coz dia ada  menipu i..I cut her pocket money to school....I gave her less than usual...biasa i bagi RM5 sbb balik sekolah pukul 5, tapi semalam i bagi cukup2 untuk dia beli nasi 2 kali...time rehat pagi sekali dan lepas sekolah untuk kelas fardu-Ain plak..memang cukup2..RM2.60!...


Malam tadi dia bagi balik dekat i RM1.30....hmmmm...dia x beli nasi ke?...cukup ke duit belanja yang i bagi tadi?...terus i tanya dia kat sekolah tadi makan apa?...dia cakap dia x beli nasi...beli kuih je...huhuhu..:( Adakah dia memberontak kerana i denda dia macam tuh?!...So  explain dekat dia the reason why i cut dia punya belanja...KERANA MENIPU!!!...Padah dan kesan bercakap bohong.I nak dia faham dan x akan mengulangi perbuatannya itu. Sebab i x nak perangai macam ni akan terbawa-bawa sampai ke besar.Dia ada cakap ngn i dia x bercakap bohong tapi bergurau je.Ish3...anak mama seorang ni...


Then i explain little bit more the consequences of lying....why we cannot lie. We should sincere and if we want something we should ask with the correct way. Don't ever lie. If not no one will trust you anymore.


I hope she understand and realize her mistake. Rasanya dia dah faham kot sebab dia tanya i sampai bila i akan denda dia, macam mana kalau dia x bercakap bohong tapi i x percaya...dengan muka seposen dia lah...hmmm...harap2 i dah buat perkara yang betul...punishment as a lesson.... :)






don't ever do that again dear....mama sayang kakak...:)...be a good girl ok...


Saturday, February 26, 2011

Amalan membaca zikir ASTAGFIRULLAH...



ASTAGFIRULLAH.....kita biasa ucapkannya.Biasanya kita ucapkannya atau ungkapkannya apabila kita atau orang sekeliiling kita ditimpa masalah atau kecelakaan. Sebenarnya kalau dijadikan sebagai zikir harian sangatlah bagus..banyak fadhilat dan khasiat jika kita beristifar.

Setakat yang telah saya amalkan, alhamdulillah boleh dikatakan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.Kadang-kadang yang tidak dijangkakan oleh kita...contohnya kalau kita ada masalah Allah akan permudahkan dan sebenarnya kita x menjangkakan cara penyeselesaian masalah tersebut. Saya sekadar ingin berkongsi keberkesanan amalan beristifar ini...sama-samalah kita amalkan sebagai zikir harian...sambil2 drive pun mampu buat tau..... :)

Tuesday, February 22, 2011

Dialog sebelum tido...

Semalam sebelum my son nk lelapkan matanya...time memang dah tahap mengantuk sangat...tetiba dia tanya soalan pasal arwah nenek belah my hubby.

My son: Mama, kenapa tok mek meninggal?...
I: Sebab tok mek sakit.
My son: Sakit kanser ye... ( i've told him before)
I: Iye..
My son: X pergi hospital ke?
I: Dah sayang...
My son: Doktor cakap tok mek akan meninggal ke?

Hmmmm.....i diam sejenak. Nak bagitau macam mana ye?...ada ke doktor cakap macam tu?
then i bagitau....

I: Doktor x cakap akan meninggal sayang....tp sebab kanser tok mek dah teruk, tok mek dah sakit sangat2...tok mek dh tua...tok mek dah x larat...

My son diam x cakap apa....i guess dia fikir akan setiap apa yang i cakap.Tapi apa sebenarnya yang dia fikir ye?...

I dah bagitau anak2 i sebab arwah tok mek meninggal kerana kanser perut...i pernah cakap sebab makan keropok jajan banyakkkkkk2....so i guess dia tengah fikir x boleh makan jajan kot...i memang larang anak2 i makan benda2 macam gini...junk food...STRICTLY NO...sebab kalau diorang dah pernah rasa sekali then sedap, nanti diorang akan mintak lagi...

Iyelah i larang sbb untuk kebaikan diorang jugak nanti....melalui pemakanan lah macam2 penyakit bleh datang....so baik cegah sebelum merawat...... :)

Monday, February 21, 2011

Tips Menegur Anak

Boring2...sambil rest time lunch hour, belek2 magazine jap then terjumpa satu tip yang rasanya boleh dikongsi bersama...tip menegur anak...


Dilakukan pada:

  • Sebaiknya setelah selesai berwudhuk atau solat
  • setelah selesai makan
  • Selepas bersukan
  • Selepas mandi


Yelah sebagai parents ada jugak time bila anak degil, meragam, x dengar kata dan seangkatan dengannya memang pening kepala dibuatnya.Tambah2 bila kita  penat...bila anak2 bergaduh rasa macam cepat je tangan nih nk cubit lah... nk pukul lah...kalau i amik hanger gertak diorang...tp nasib baik setakat nih tahap  kemarahan masih mampu diatasi dan ada lagi kesabaran...setakat pukul2 manja tu adalah...tipulah kalau cakap x pernah jentik anak kan time diorang buat kesalahan.Untuk pengajaran diorang jugak...at least diorang tahu kesalahan yang telah dilakukan.

Anak yang semakin membesar nih rasanya elok gunakan cara psikologi untuk mendidik dan mengajar diorang.Boleh marah n boleh tegur diorang bila ada kesalahan yang dilakukan tapi dengan cara yang lembut tapi tegas.

So rasanya tips di atas boleh digunakan dan dipraktikkan...selamat mencuba ye.... :)

Sunday, February 20, 2011

Mama sayang kamu....

Anak- anak adalah anugerah yang terindah....1st time dpt pangku anak dan mengucup mereka adalah satu nikmat yang sukar untuk diluahkan....love them so much....mama sayang kakak dan baby sangat-sangat!!!!...muah....muah....


Diorang lah pengarang jantung hatiku....(besides the one and only beloved hubby)...harta dunia akhirat....
.......Be a good dotter and son ye anak-anakku....mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian...semoga hidup kalian akan diberkati....always hope for the blessings...

Saturday, February 19, 2011

Mood Swings....

Haih!!!....

I got mood swings today....maybe coz of the PMS...i guess....
So i got the great stress.....arghhh....senang je kan hati ni nk sensitif...tahap sensitip n emo tu cam petik jari je datang nye...huh....stressssssssssssss....

Trylah sesapa cakap macam kasar sikit mudahlah nk tersentap hati ni....pagi2 tadi dah terasa dah....huhuhu...

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day vs Maulidur Rasul

Assalamualaikum.....n..Hai uolls.........

Hari ini 14hb Februari...hari yang dianggap sebagai hari memperingati kekasih ataupun lebih popular sebagai Valentine's Day.Pada hari ini biasanya  hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri, menghantar kad valentine atau menghadiahkan coklat sesama mereka. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine.
 Itu adalah klise mengenai hari valentine's yang telah diwar-war kan selama ini.Tapi kita sebagai umat Islam adalah dilarang menyambut hari tersebut kerana berdasarkan hukum di bawah:



HUKUM SAMBUT HARI VALENTINE'S

Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.

Kesimpulannya...

Tak kisahlah kepada couple yang belum berkahwin atau ataupun yang dah kahwin, janganlah jadikan amalan untuk menyambut hari Valentine's ...lebih baik kita sambut hari lahir pasangan masing-masing dan hari anniversary untuk lebih mengeratkan hubungan...



SO.......


So lebih baik kita sambut maulidur rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada esok hari...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Setiap tahun pada hari maulidur rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat PAHALA dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

So lebih baik kita menyambut maulidur rasul yang jatuh pada esok hari...15hb



:)....Sama-samalah kita melakukan kebaikan dan keberkatan hidup di dunia ini.....Have a nice day uolls.... :)

Saturday, February 12, 2011

Assalamualaikum....

Hai...sorilah kawan-kawan lama x bersiaran....lambat x  post entry baru...bukannya apa i punya streamyx problem....kena curi. Then i punya broadband plak buat hal...sekejap ada sekejap x der..terlalu lah slow, sampaikan nk post entry pun x sempat...tu  pasal lah lama x update blog...sori ye.....Nantikan entry seterusnya ye....



SEE U SOON................ :)

Monday, February 7, 2011

kenduri oh kenduri...

Assalamualaikum...

Lambat sgt tunggu gambar kenduri dr cameraman...so i upload lah dulu gambar yg diambil dr my phone...

So gambar kat bawah ni bersama hantaran...preparing untuk ke rumah  pengantin perempuan...

tema colour gold n red...
*
*
*
*
*
*


tapi i pilih colour gold n purple....ngeeh... :)



ok  2 keping je dulu gambar ye....InsyaAllah nanti i upload lain-lain gambar ye

Btw kenduri di sebelah perempuan pd 3hb hari tu...then pada 5hb kenduri kat tempat kitorg.Penat tapi seronok coz time nilah masa untuk melawa..masing2 pakai baju ikut warna tema...dan semua orang nak melawa time nih...rombongan kerumah pengantin perempuan hari tu colour gold dan kitorg pakai baju sama pattern...jadi pembawa hantaran pengantin. tema colour kenduri 5hb hari tu colour merah.. i melaram dengan shawl rose yang dibeli kat radiusite..memang cantik lah shawl tuh, lain dari yang lain...suke sangat...walau penat tapi seronok....dewan pun masih bersisa dengan kenduri hari tu..pelamin pun still ada lagi kat dewan.So kalau nk bersanding boleh lagi lah...hehehhe......Nanti i akan try post entry gambar-gambar kenduri hari tu...ok... :)



Sunday, February 6, 2011

Alhamdullillah...

Alhamdullillah...
Syukur adik i yang belajar kat mesir is heading to malaysia right now...semoga my brother selamat sampai kat sini....kami sentiasa doakan keselamatannya...Amin...
Assalamualaikum..
Dah seminggu lebih x update blog...kekangan masa.. start kenduri nikah hr tu sampailah semalam kenduri kesyukuran menyambut menantu.Kena tolong my MIL nak uruskan  a few things...takut2 ada yang tertinggal untuk kenduri...
*
*
*
*
*
*
*
*
*

So semalam hari yang dinanti-nanti kan oleh semua my family termasuk lah tuan punya blog nih sbb time ni lah nk melaram..hehhehe...x sabar nye nk tgk gambar....(konon nya byk gambr kot sbb terpaksa jd pengapit pengantin dan dan tuh gak...bidang terjun punya pengapit)...memang x sabar nih..mengalahkan pengantin lah plak....:)

Tuan cameraman amatur a.k.a my BIL lambat lah plak nk transfer gambar..haaiihh!!!...so x dapat lg lah nk upload gambar dalam blog nih...moga2 dpt di upload untuk another entry...hr tu lagi janji nk upload gambar kawen..sori lah ye..hihihi