Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Friday, December 2, 2011

HAPPY BIRTHDAY DEAR...

A very2 blessed wishes from mama to my both beloved...

my ever beloved son...

AND
.
.
.
.
.
.


my ever beloved hubby..

both of them celebrated their birthday on 9th nov and 30 nov...MAY GOD BLESSED THEM!!!

Tuesday, November 29, 2011

MASIHKAH ADA SINAR....


Masihkah ada sinar untuk diri ini terus berblog?...jauh di sudut hati tidak mengharapkan blog ini menjadi antik  seperti gambar di atas....namun kekangan masa yg tidak mengizinkan...kesibukan diri memaksa blog ini terus ditinggalkan sepi...mengharapkan entry ini menjadi titik permulaan kepada entry yng seterusnya setelah agak berbulan2 merindui blog yang memang x seberapa ini....semoga ada sinar...

Tuesday, May 24, 2011

My sis nak bertunang...:)

Assalamualaikum..

Entry kali ni i nk citer sikit pasal preparation untuk majlis tunang my sis nanti pada 4th June. As usual the wedding planner is my bro yang kreatif dalam bab2 begini...kalah i u...hehehe...

Warna tema untuk majlis itu nanti ialah merah putih..oklah ek ;)...
haiiih..sebenarnya i macam dah muak dengan colour ni tapi nak buat macam mana kan big boss of the day pilih colour nih...nasib baik untuk baju kitorg nanti diorg pilih colour pink biru...oklah kan..;)

So gambar2 kat bawah ni antara yg sempat diposing kan bersama semasa duk pilih memilih bekas hantaran...;)
 
 bekas ni cantik tapi kitorg nk colour putih la...

 pilih ke posing?...hihihi



Tuesday, April 5, 2011

Marimar



Cantiknya Marimar..nice n sweet  jer...telenovela Marimar ni macam x bleh nk missed dah.Suka sangat cerita nih.bila jam 3 petang memang dah terpacak depan tv nk tengok cerita nih. Nasib baik masa kat office ni sangat2 flexible..; hero dan heroin nya  sangat2 lah hensem dan cantik jelita..

.
.
.
sweet couple Dingdong Dantes n Marian Rivera

.
.
(bila tgk Dingdong Dantes@Sergio teringat dkt my hubby...bleh gitu..; jangan marah...hehehe...hubby kite hensem tau cuma x suka bergambar)



(gambar: ihsan google)

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day vs Maulidur Rasul

Assalamualaikum.....n..Hai uolls.........

Hari ini 14hb Februari...hari yang dianggap sebagai hari memperingati kekasih ataupun lebih popular sebagai Valentine's Day.Pada hari ini biasanya  hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri, menghantar kad valentine atau menghadiahkan coklat sesama mereka. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine.
 Itu adalah klise mengenai hari valentine's yang telah diwar-war kan selama ini.Tapi kita sebagai umat Islam adalah dilarang menyambut hari tersebut kerana berdasarkan hukum di bawah:



HUKUM SAMBUT HARI VALENTINE'S

Umat Islam di setiap negara tidak digalakkan menyambut perayaan ini, kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.

Kesimpulannya...

Tak kisahlah kepada couple yang belum berkahwin atau ataupun yang dah kahwin, janganlah jadikan amalan untuk menyambut hari Valentine's ...lebih baik kita sambut hari lahir pasangan masing-masing dan hari anniversary untuk lebih mengeratkan hubungan...



SO.......


So lebih baik kita sambut maulidur rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada esok hari...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad yang jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Setiap tahun pada hari maulidur rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat PAHALA dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

So lebih baik kita menyambut maulidur rasul yang jatuh pada esok hari...15hb



:)....Sama-samalah kita melakukan kebaikan dan keberkatan hidup di dunia ini.....Have a nice day uolls.... :)

Wednesday, January 26, 2011

Rindu serindu rindunya....

Rindu lagi ke???...entry semlam pun pasal rindu...so ni second entry nk cerita pasal rindu lagi ....huhuhu...

Bila berjauhan perasaan rindu memang x dapt dielakkan.Bukannya x pernah berjauhan sebelum nih, dulu masa tengah study..(kawen masa study) 2 tahun jgak terpaksa berpisah, seorang di utara dan seorang lagi di timur...persaan tu dapat diatasi tp skang ni...kadang-kadang tersentuh juga hati bila rindu dan teringatkan mr hubby yang berada jauh di mata. Yelah...keseorangan terpakasa uruskan anak-anak yang tengah membesar.Bila time rasa penat sikit...syahdu plak rasa bila terpaksa kena handle sendiri...keseorangan...bila keseorangan...baring2 lepas blk kerja pun teringat kat hubby...bila nk tido malam pun teringat kt hubby....huhuhu...bila lah hubby nk blk nih?!!...

Rindu serindu rindunya....

So apakah cara terbaik untuk hilangkan kerinduan pada mr hubby yang dicintai...disayangi...dikasihi...
maka saya  telah rajinkan diri ini untuk surf kat google...cari tips-tips terbaik untuk hilangkan kerinduan pada yang tersayang...
*
*
*
*
*
*
*

So apa yang dapat ialah tips-tips di bawah yang rasa boleh membantu menghilangkan rasa rindu pada seseorang...

#1: dekatkan diri dengan Allah SWT..khusyukkan diri dalam solat...berusaha ikhlas dalam beribadah
cuba alihkan rasa cinta dan rindu pada seseorang kepada Allah SWT.sebaik mungkin beribadah kepada-NYA.

#2:Banyak memohon kepada Allah SWT
berdoa bersungguh-sungguh...agar dihilangkan rasa rindu iaitu penyakit rindu yang terasa bagaikan mengoyak-ngoyak hati...huhuhu..rindu yang menyebabkan rasa gundah gulana, sedih dan sengasara.

#3: Lebih menyibukkan diri
Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti atau kerja sehingga tiada masa untuk rasa kosong dan keseorangan.Sebab bila keseorangan lebih mudah untuk kita berangan.

#4: Menjauhi muzik & filem2 percintaan
Nyanyian dan filem-filem percintaan merupakan impak besar untuk mengobarkan kerinduan pada yang dicintai especially yang mendayu-dayu dan cerita cinta yang sedih2..Of course yang sebegini akan menggetarkan hati yang sedang ditimpa kerinduan.Akibatnya rasa kerinduan akan memuncak...So jalan terbaik jangan layan lagu-lagu cinta...filem2..drama2 cintan cintun.

Harap-harap tips di atas dapat mengatasi rasa rindu yang membuak-buak ini...huhuhu...i'll try my best...

Tuesday, January 25, 2011

rindunye....

rindu kat saper???....ehem..ehem..mestilah kat my hubby yg skang ni berada jauh di mata...di seberang laut...Rindu sgt sbb terpaksa berpisah kerana terpaksa...terpaksa kerana tuntutan kerja. Be a good boy yer!!!..